Tahukah Anda Telefon Mudah Alih Apakah Paling Laku Di Dunia?



APPLE telah memberitahu dunia bahawa set iPhone 6s mereka yang baharu laku bak goreng pisang panas di pasaran.

Mana taknya, iPhone 6s telah mencipta rekod apabila 13 juta unit terjual hanya dalam masa tiga hari dilancarkan.

Sambutan terhadap peranti buah ini sememangnya dijangka kerana ia memperkenalkan fungsi 3D touch serta RAM yang lebih besar berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, telefon mudah alih yang paling laku dalam sejarah dunia hingga sekarang bukanlah sebuah iPhone tetapi berjenama Nokia 1100.



Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, sebanyak 250 juta set Nokia 1100 telah terjual, juga merupakan telefon mudah alih ke 1 billion yang dijual oleh Nokia pada tahun 2005.

Telefon ‘tidak pintar’ ini sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2009 tetapi kini masih popular terutamanya di kalangan penggodam.

Perisian Nokia 1100 boleh diubah suai bagi membolehkan ia memintas panggilan ataupun mesej pesanan ringkas peranti lain.

Data yang dicuri kemudian boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.

Terdapat laporan sebuah Nokia 1100 dengan perisian yang sudah diubahsuai boleh dijual pada harga mencecah €20,000 (RM98,800) di pasaran gelap.

Ini amat menakjubkan kerana harga asalnya cuma sekitar USD100 sebuah.

Ibu Pakai Stokin Ketika Berpantang Dan Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Juga

Ibu Pakai Stokin Ketika Berpantang Dan Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Juga


Memakai stokin semasa berpantang seolah-olah sudah menjadi rutin bagi setiap ibu. Asal pakai stokin mesti orang akan anggap sedang berpantang walaupun masih anak dara. Dan stokin yang dipakai oleh ibu pula pelbagai jenis – ada yang tebal, ada yang nipis, yang longgar, yang kecil dan sebagainya. Apa maksud sebenar disebalik memakai stokin semasa berpantang?
Elakkan masuk angin

Jika menurut orang tua-tua, pemakain stokin adalah perlu untuk ibu dalam pantang mengekalkan haba dalam badan dan mengelakkan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan. Mungkin sebab itu tiada garis panduan khas stokin bagaimana yang harus dipakai, tapi kebanyakan ibu berpantang sering memakai stokin tebal.

Ada juga mengatakan bahawa pemakaian stokin ketika pantang adalah untuk mengingatkan orang lain supaya berjaga-jaga kerana ibu sedang berpantang. Maklumlah, ibu berpantang sentiasa berlunjur dan melanggar ibu jari kaki ibu berpantang dikatakan boleh menjejaskan rahim. Jadi, sekiranya ibu memakai stokin, orang sekeliling akan berwaspada dan akan berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari terlanggar kaki ibu berpantang.
Kepentingan memakai stokin selepas bersalin dari sudut sains

Rupa-rupanya ada penjelasan saintifik di sebaliknya.

Manusia banyak kehilangan haba melalui tapak kaki. Pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakan pengaliran darah.

Semasa mengandung pula, salur darah pada bahagian kaki ibu terdedah untuk mengembang dan ini juga meningkatkan risiko untuk pembekuan darah dalam salur darah di betis. Pemakaian stokin dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku.
Jenis stokin

Namun, kita harus lihat juga pemakaian stokin yang bagaimana untuk membantu mengelakkan masalah ini. Stokin yang paling baik ialah stokin yang ketat ataupun dipanggil compression stockings yang biasa digunakan oleh ahli fisioterapi. Namun, jika tidak dapat stokin begitu, bolehlah memakai stokin bola yang lebih ketat dan panjang. Bukan sembarangan stokin ya.

Bagi ibu-ibu yang merungut tidak selesa kerana perlu memakai stokin, harap bersabar kerana ini semua adalah untuk kebaikan dan kesihatan ibu juga. Bagaimana mahu jaga si kecil jika diri sendiri tidak sihat?

10 Tanda Anak Anda Hidap Autisme - Kenal Pasti Sebelum Terlambat!

10 Tanda Anak Anda Hidap Autisme. Kenal Pasti Sebelum Terlambat!


Secara ringkasnya, Autisme boleh dilabelkan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam berinteraksi dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berpusing.

Penyakit ini tidak dapat dikesan sebelum atau sewaktu anak anda baru dilahirkan. Anda boleh mula memerhatikan petanda-petandanya apabila umur sudah menjejak 12 bulan dan ke atas. Tetapi secara jujurnya, anak istimewa ini kelihatan sangat biasa seperti kanak-kanak lain di sekitar mereka.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus peka terhadap tingkah laku si anak. Pengesanan di peringkat awal adalah penting supaya dapat membantu mereka untuk pulih. Jika lewat kelak akan memberi kesan langsung terhadap perkembangannya terutama dari segi mental.
10 Tanda Anak Anda Hidap Autisme

1. Sangat-sangat susah untuk memahami arahan apatah lagi melaksanakannya
2. Lebih gemar menyampaikan pesanan melalui isyarat tangan, bukannya lisan
3. Eye contact adalah sesuatu yang asing baginya. Mengelak bertentangan mata semasa bercakap
4. Menolak untuk disusui oleh ibunya
5. Tidak mengecam ibu bapanya. Di mata mereka, semua orang adalah sama
6. Sering terjaga pada tengah malam lantas menganggu sesiapa sahaja di sekitarnya
7. ‘Alergik’ dengan sentuhan. Berasa tidak selesa apabila orang lain menyentuhnya
8. Tidak menyukai permainan seperti kebiasaan kanak-kanak lain
9. Suka meluangkan masa bersendirian
10. Minat terhadap benda yang pelik seperti suis lampu, benda berpusing

Jangan panik sekiranya anak anda memiliki tanda-tanda di atas. Jumpa doktor pakar autisme untuk mengesahkannya dan dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang harus dilakukan.

Namun, jangan berasa sedih sekiranya anak anda memang disahkan autisme. Albert Einstein merupakan antara penghidap autisme di zaman kanak-kanaknya. Lambat bercakap, sukar berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lihat apa yang terjadi terhadapnya sewaktu membesar. Terlampau banyak sumbangannya terhadap perkembangan sains dunia. Isaac Newton pun menunjukkan simptom autisme sewaktu kecil 😉

Berurusan dengan anak autisme memang sangat memenatkan. Oleh itu, anda harus sentiasa bersabar dan melayan sahaja karenah mereka. Insyaallah banyak pahala anda kerana menjaga anak istimewa ini.

Ibu Ini Berkongsi Tips Mujarab Bayi Bebas Demam Kuning!

Ibu Ini Berkongsi Tips Mujarab Bayi Bebas Demam Kuning!





Demam kuning atau dalam istilah bahasa inggerisnya jaudice merupakan antara jangkitan popular yang dialami oleh bayi baru lahir. Penyakit ini tidak bahaya tetapi boleh jadi bahaya malah boleh membawa maut sekiranya tiada rawatan susulan diambil.

Selepas anak disahkan menghidap demam kuning, suami terutamanya harus berkorban masa dan tenaga menghantar isteri beserta bayi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, apa yang boleh suami lakukan sebagai langkah pencegahan? Suami boleh lah membekalkan bahan-bahan di bawah untuk dijadikan sebahagian daripada rutin makanan/minuman harian isteri sewaktu mengandung.
Pati delima

Cara pengambilan: Minima 500ml sekali minum
Air kelapa muda

Cara pengambilan: Tiada sukatan khas tetapi harus diminum setiap hari terutamanya jika hampir bersalin
Minum air ribenna

Cara pengambilan: Bebas
Susu kambing

Cara pengambilan: Minum 2 cawan sehari. Semasa sarapan dan sebelum tidur
Madu

Cara pengambilan: 5 sudu air madu ATAU 3 sudu tanpa air setiap hari
Kurma

Cara pengambilan: Makan semasa sarapan setiap hari

———————————

Dengan izin Allah, bayi yang anda bakal lahirkan akan bebas daripada jangkitan demam kuning. Kita sudah berusaha tetapi usah lupa yang sebaik-baik perancangan adalah daripada dia yang Maha Kuasa 😉

Jangan lupa kongsi jika dirasakan bermanfaat!

Kenali Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Dari Bahasa Melayu

17 Perkataan Bahasa Inggeris yang Berasal Dari Melayu



Baru-baru ini ramai teruja apabila mendapat tahu perkataan lepak telah diterima untuk dipakai di dalam kamus Oxford.

Tapi ia sebenarnya bukan perkara baru kerana ia pernah ditimbulkan di dalam Forum Lowyat pada tahun 2012, “Lepak is now an english word, oxford.”

Dan oleh sebab keterujaan itu, kami ingin kongsikan 17 perkataan yang berasal dari Melayu digunakan sebagai Bahasa Inggeris.

1. Agar, agar-agar: asal dari perkataan agar-agar

2. Bamboo: asal dari perkataan bambu

3. Cassowary: asal dari perkataan kasuari/kesuari

4. Cockatoo: asal dari perkataan kakaktua

5. Cooties: asal dari perkataan kutu, ‘lice’

6. Dugong: asal dari perkataan duyung, ‘mermaid’

7. Durian: asal dari perkataan duri ‘thorn’, durian ‘thorny’

8. Gecko: asal dari perkataan geko, gekok

9. Godown: asal dari perkataan gudang

10. Ketchup: asal dari perkataan kechap, sos ikan

11. Launch: asal dari perkataan Portugis Lancha “tongkang”, dari Melayu lancharan “bot”, dari lanchar “halaju tanpa usaha”, “tindakan meluncur lancar terutamaanya bot dan penyu)

12. Paddy: asal dari perkataan padi

13. Pangolin: asal dari perkataan pengguling

14. Proa/prahu/prau: asal dari perkataan perahu

15. Rambutan: asal dari perkataan rambut (hair) dan hutan (forest), rambutan ‘hairy’

16. Tael: asal dari perkataan tahil

17. Trepang: asal dari perkataan teripang/trepang

MENGEJUTKAN! Fakta Kegunaan Air Coke Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.

Anda juga boleh mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?





3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!


Fakta

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?

Tahukah Anda Mengapa Pokok Kurma Dilarang Masuk Ke Malaysia?

Pokok Kurma Kini Dilarang Dibawa Masuk Malaysia


Pokok kurma tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini kerana ia dikenal pasti sebagai perumah utama perosak tanaman iaitu kumbang merah palma (RPW), kata Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek.  

Katanya, kemasukan RPW ke negara ini didapati berlaku melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari perosak tersebut.

Beliau berkata, jabatan itu mengesan pokok-pokok kurma ditanam di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai tanaman hiasan di kawasan hotel, pejabat dan halaman rumah.    

“Kita tidak pernah mengeluarkan mana-mana permit kemasukan pokok kurma atau pengimportan apa-apa tanaman palma,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.    

Katanya usaha kini sedang dilakukan termasuk bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia untuk menghalang sebarang kemasukan baru pokok kurma ke negara ini.  

“Kita juga akan memusnahkan pokok-pokok yang dikesan memasuki negara secara tidak sah dan kami turut memohon orang awam yang mengetahui penanaman pokok kurma untuk bekerjasama melaporkannya kepada kami,” kata Ahmad Zakaria.    

Beliau berkata, jabatan itu juga menggerakkan jerayawara di seluruh negara sejak awal bulan ini selain bekerjasama dengan pengusaha tapak semaian dan pihak berkuasa kerajaan tempatan.        

“Kita juga meminta pemilik pohon kurma untuk melaporkan kepada Jabatan Pertanian untuk pemantauan dan sekiranya didapati tanaman itu diserang RPW, pokok-pokok kurma itu akan dimusnahkan,”katanya.       

Jelas beliau, kehadiran kumbang perosak tanaman itu dikenal pasti sejak 2009 dan RPW di Malaysia telah dikenal pasti sebagai makhluk perosak berbahaya pada 19 Julai 2011.    

Katanya, kewujudan kumbang yang berasal dari kawasan Timur Tengah itu didapati telah memusnahkan 294 hektar tanaman kelapa di Terengganu dan Kelantan sejak tiga tahun lalu.   

“Kemusnahan tersebut masih dianggap terkawal kerana kita mempunyai seluas 87,000 hektar tanaman kelapa di seluruh negara, namun apa yang merisaukan kita adalah kemungkinan haiwan perosak itu akan turut menyerang tanaman kelapa sawit yang merupakan dari keluarga jenis palmae yang sama,” katanya.   

Beliau berkata makhluk perosak tersebut juga kini dikesan di Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah. – Bernama 

MERBAHAYA! Minyak Masak Dipakai Berulang Kali Boleh Sebabkan Barah

Minyak Masak Dipakai Berulang Kali Boleh Sebabkan Barah
MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.

Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.



Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.



    “Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

“Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

    “Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan,” kata Siti Nurhayati.


Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.

Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

“Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.

“Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang,” katanya.


Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.

Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.

“Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.

“Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi,” katanya.

Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.

Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.

Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.

“Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

“Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

“Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus,” katanya.

Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.

Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).

Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. – Rosmah Dain

1 gram (gm) minyak = 9 kalori

berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori

1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori

Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.

Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?

Wallahualam

Benarkah Panadol Boleh Merosakkan Organ Hati Dan Buah Pinggang?

Panadol Boleh Merosakkan Organ Hati Dan Buah Pinggang

Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi ??? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan.

Ikuti kisah benar dari seorang yang mengalaminya :

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital,di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala,mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya,mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.

Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.Mudahnya,secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam.Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “pain killer”,semakin banyak anda mengambilnya,semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda”.

Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.Untuk wanita,mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda,seperti mereka yang ada migrain,ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin ???

Hargailah kehidupan anda.Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
APA KATA ANDA ???

Wallahualam. Cegah sebelum parah.

AMARAN! Tahukah Anda Kerang Bakar Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan?

Kerang Bakar Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan
Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar. Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.

Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.

P/S: Pastikan kerang yg anda nak makan tuh telah dibersihkan sebaiknya.. untuk elakkan dari ceri beri.. 😛

Kenali Siapa Sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup Yang Ramai Tak Tahu!

Kini Rani Kulup merupakan antara individu yang amat popular di Malaysia. Dengan pemakaian yang lain dari yang lain, perwatakan Rani Kulup dilihat menarik perhatian ramai orang.


Rani Kulup popular dengan tag line “kipidap” dan sering muncul di kaca tv setelah membuat banyak laporan polis tentang isu semasa.

Antara isu semasa yang Rani Kulup tampil membuat laporan polis ialah kes halal coklat Cadbury, isu program sentuh anjing dan banyak lagi.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Rani Kulup ini? Jadi ini merupakan Biodata Rani Kulup yang merungkai segala-galanya:


Yang paling mengejutkan ramai tentulah penglibatan Rani Kulup dalam sebuah kugiran, berbakat besar rupanya Rani Kulup ni.

Inilah Gambar kenangan Rani Kulup (Tengah) bersama Band Sometimes



WAJIB TAHU! 11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah!

11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah

 
1. Gunakan Kayak Explore

 
Tool yang sangat best untuk berangan. Layari di sini =>kayak.com/explore.

Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pegi sana.

Dan yang bestnya kita boleh main-main select nakgi time summer ke winter ke, bebile ke..

2. Naik kapal terbang yang berbeza


Jangan tengok satu airlines je. Survey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu. Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang2 naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.

3. Guna fungsi Multi-city




Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau… jangan beli asing2, mahal sesangat!
air asia

4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal

Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal? Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.

5. Ambil connecting flight (transit)

Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000), tapi kalau naik Vietnam Airlines transit di Ho Chi Minh boleh dapat dalam RM1,200 je. Kan ke jimat RM1,000 tu!

6. Survey harga di macam-macam website

Jangan reply pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, then mesti compare dengan site lain2 seperti Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Orbitz,Airfarewatchdog, Cheaptickets, etc.

7. Survey juga di website airlines

Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang2 diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.

8. Daftar sebagai member/frequent flyers

 
Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap miles adalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!

Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunter Business Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MAS Golden Lounge walaupun kita naik ekonomi.

9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points

 
Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?

Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.

Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrich point. Tak ke best tu. Travel free!

10. Terbang pada waktu tak masuk akal

Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi… jam 5 pagi…

11. Follow Twitter & FaceBook


Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followers mereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.

Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan… Mudah-mudahan  boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!

Inilah Rahsia Fungsi "Batang Ajaib" Dalam Kereta Yang Masih Ramai Tak Tahu Guna!



RAHSIA tentang satu “BATANG AJAIB” dalam kereta korang…

Sesetengah kereta “benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..

tak kesah lah belah mana pun, tetap sama “MAGIC” dia.

Nampak tak gambar “anak panah @ arrow” tu?.

√ Kalau “batang ajaib” ni ada di sebelah kiri :

•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH” magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.

•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.

√ Kalau “batang ajaib” ni ada sebelah kanan:

•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.

•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.

So, dah tahu RAHSIA ” BATANG AJAIB ” ni ?

Jadi, lepas ni kalau nak MASUK SIMPANG, nak SUSUR KELUAR, nak himpit tepi, TOLONG kongsi RAHSIA ni.

JANGAN nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, tak nak orang belakang tahu ko nak ke mana.

Ko ingat SUPPRISE ko tu “SWEET” sangat ?.

Boleh maut ko tahu ?


Pelik Tapi Benar! Selama 11 Tahun Gadis Ini Hanya Makan Maggie Sahaja!

Selama 11 Tahun Gadis Ini Hanya Makan Maggie Sahaja 



Makanan mee segera atau lebih dikenali sebagai Maggie merupakan antara makanan popular yang sering dimakan oleh golongan seperti pelajar. Dek kerana kesempitan hidup dan kekurangan wang, mee segera biasa menjadi pilihan. Harganya yang murah kurang dari RM1 sebungkus, ia sudah cukup mengenyangkan kita.

Namun sebenarnya, pemakanan mee segera tidak baik sekiranya selalu diamalkan. Tetapi seorang gadis yang dikenali sebagai Georgi Readman dipercayai menghabiskan masanya dengan mee segera selama hampir 11 tahun. Tanpa sebarang makanan lain, gadis ini hanya menjadi mee segera sebagai rutin pemakanan hariannya. Pelik!


Georgi Readman adalah seorang remaja yang berusia 18 tahun dan berasal dari Pulau Wight, England. Beliau telah bertahan hidup dengan hanya bergantung kepada mee segera yang murah sejak 11 tahun yang lalu kerana timbul rasa takut untuk makan makanan yang lain. Pelajar muda ini telah makan kira-kira sepanjang 30 kilometer mee segera hampir setiap tahun!

Beliau mula ketagih dengan mee segera sejak ketika berusia 5 tahun lagi. Pada ketika itu, mee segera bukanlah menjadi makanan ruji harian buat dirinya, sehinggalah ketika berumur 8 tahun. Pada ketika itu, beliau dikatakan mengalami kes keracunan makanan yang teruk sehinggakan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak makan apa-apa buah-buahan atau sayur-sayuran dan hanya sekali-sekala sahaja boleh makan ikan dan ayam.

Setiap kali keluar membeli belah untuk keperluan barang dapur, ibu Georgi akan sentiasa membeli 11 pek mee segera untuk anaknya itu. Doktor telah menjalankan diagnosis terhadap Georgi Readman kerana pemakanan mee segera beliau ini dan menyangka bahawa beliau menghidapi leukemia dan mempunyai tahap kesihatan seorang wanita yang berusia 80 tahun. Beliau mengalami kekurangan tenaga secara berterusan dan mempunyai sistem imun yang rapuh.

Gangguan makan terpilih telah menjadi lebih kerap pada ramai individu sejak kebelakangan ini. Anda juga mungkin menghidapinya secara tidak lansung dan anda tidak mungkin tidak akan perasan. Kes seperti ini dimana orang makan makanan ringan sahaja seperti pizza atau kentang goreng akan meletakkan diri mereka pada risiko anemia atau lain-lain keadaan yang lebih serius yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin, besi atau kalsium.

P/S: maggi memang tak baik untuk kesihatan, makan lah makanan yang seimbang okeh..

Mereka Semua Telah Pun Berhijrah….Kita Bila Lagi???

Antara orang-orang yang dikenali berhijrah..antaranya

1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ‘D Riyadh’

3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa – bekas pelakon filem ‘ali setan’

5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’

6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut

7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’

9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings

P/s : Mereka semua telah pun berhijrah….kita???